Thursday, 18 April 2013

Piagam Pelanggan

Pelanggan JKMM adalah terdiri daripada Pelanggan Luar dan Dalaman :

Pelanggan Luaran 

  1. Stakeholders iaitu Y.A.B Ketua Menteri Melaka, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka;
  2. Semua Agensi Sektor Awam, Persekutuan/Negeri

Pelanggan Dalaman

Semua pegawai dan staf di bawah struktur organisasi JKMM.

Piagam Pelanggan (khususnya kepada fungsi Pembangunan):
  • Memastikan kelulusan peruntukan pembangunan dapat disalurkan kepada kumpulan sasar yang ditetapkan dalam tempoh satu bulan;
  • Memastikan permohonan cadangan pembangunan yang memenuhi syarat dan mempunyai maklumat yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima;
  • Memastikan Persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan jarak antara persidangan tidak melebihi 6 bulan;
  • Memberi maklumbalas permohonan berkaitan urusan perkhidmatan majlis, protokol dan istiadat dalam tempoh 3 hari selepas arahan diterima;
  • Menyampaikan maklumat dasar atau program Kerajaan Persekutuan/Negeri dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dalam tempoh satu hari selepas diterima;
  • Memastikan semua elemen ICT beroperasi dengan tahap jaminan perkhidmatan 90% (julat kegagalan sebulan tidak melebihi 3 hari);
  • Memastikan aduan awam diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja oleh jabatan pelaksanaan;
  • Memastikan pengurusan sumber manusia, kewangan dan pentadbiran dilaksanakan selaras dengan pekeliling atau peraturan yang berkuatkuasa.

No comments:

Post a Comment