Pengurusan Atasan JKMM sentiasa memastikan keperluan dan ekspektasi pelanggan dikenalpasti, difahami dan dipenuhi bagi tujuan mempertingkatkan lagi kepuasan pelanggan. Antara tindakan yang diambil bagi memastikan pelanggan diutamakan oleh warga JKMM ialah:
- Sentiasa menghebahkan kepada warga JKMM mengenai perlunya kesedaran kepada usaha untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan. Di antara kaedah hebahan ini dilakukan ialah melalui mesyuarat ketua-ketua bahagian, papan kenyataan dan perbincangan;
- Sentiasa mengkaji kehendak pelanggan bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi berlandaskan peraturan dan kemampuan yang sedia ada;
- Maklumbalas dan aduan pelanggan diambil tindakan segera selaras dengan ketetapan Piagam Pelanggan.
No comments:
Post a Comment