Monday, 22 April 2013

Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri adalah ibu pejabat kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan di seluruh negeri Melaka dan telah ditubuhkan pada Februari 1958. Pada 23 November 1979, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka digantikan dengan nama Jabatan Kutua Menteri Melaka (JKMM) sehingga sekarang.

Pada asalnya bangunan JKMM terletak di tengah pusat bandar berhampiran dengan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan di Jalan Hang Tuah, Melaka. 

Pada bulan Mei 1999, JKMM telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Ayer Keroh, Melaka dan masih dikenali dengan nama Seri Negeri.

Sunday, 21 April 2013

Fungsi UPEN


  • Mengkaji, merangka, menggubal dasar dan strategi pembangnan sosio-ekonomi Neger Melaka bagi mencapai misi dan obektif pembangunan negeri selaras dengan dasar-dasar dan objektif pembangunan negeri selaras dengan dasar-dasar dan objektif membangunkan negara melalui Wawasan 2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Lima Tahun Malaysia;
  • Merancang pembangunan sektor-sektor ekonomi melalui penyediaan perancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal bagi Negeri Melaka;
  • Menyelaras, memantau dan menilai prestasi projek-projek pembangunan negeri dan projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri selaras dengan matlamat pembangunan negeri;
  • Menyedia dan menyelaras kertas-kertas mengenai pembangunan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
  • Memantau dan menilai projek-projek Rancangan Malaysia Lima Tahun di peringkat negeri;
  • Menyelaras penyelidikan dan kajian-kajian yang dilaksanakan untuk tujuan perancangan serta pelaksanaan;
  • Mewujudkan sistem maklumat dan data ekonomi yang kemaskini yang akan digunakan untuk perancangan ekonomi negeri.

Thursday, 18 April 2013

Piagam Pelanggan UPEN


  • Memproses permohonan dalam tempoh 7 hari dari tempoh permohonan
  • Mendapatkan ulasan teknikal dalam tempoh 7 hari dari tempoh permohonan
  • Mengeluarkan surat keputusan jawatankuasa penswastaan negeri dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat

Visi, Misi dan Objektif UPEN

Visi

Menjadi sebuah unit perancang ekonomi negeri yang berwawasan dan berdaya saing.

Misi

Merancang dan menyelaras projek pembangunan sosio-ekonomi negeri bagi mencapai status negeri maju pada tahun 2010.

Objektif

Mewujudkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan projek sosio-ekonomi yang sistematik ke arah mencapai negeri maju menjelang tahun 2010.

Keutamaan Pelanggan

Pengurusan Atasan JKMM sentiasa memastikan keperluan dan ekspektasi pelanggan dikenalpasti, difahami dan dipenuhi bagi tujuan mempertingkatkan lagi kepuasan pelanggan. Antara tindakan yang diambil bagi memastikan pelanggan diutamakan oleh warga JKMM ialah:

  • Sentiasa menghebahkan kepada warga JKMM mengenai perlunya kesedaran kepada usaha untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan. Di antara kaedah hebahan ini dilakukan ialah melalui mesyuarat ketua-ketua bahagian, papan kenyataan dan perbincangan;
  • Sentiasa mengkaji kehendak pelanggan bagi memastikan keperluan pelanggan dipenuhi berlandaskan peraturan dan kemampuan yang sedia ada;
  • Maklumbalas dan aduan pelanggan diambil tindakan segera selaras dengan ketetapan Piagam Pelanggan.

Piagam Pelanggan

Pelanggan JKMM adalah terdiri daripada Pelanggan Luar dan Dalaman :

Pelanggan Luaran 

  1. Stakeholders iaitu Y.A.B Ketua Menteri Melaka, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka;
  2. Semua Agensi Sektor Awam, Persekutuan/Negeri

Pelanggan Dalaman

Semua pegawai dan staf di bawah struktur organisasi JKMM.

Piagam Pelanggan (khususnya kepada fungsi Pembangunan):
  • Memastikan kelulusan peruntukan pembangunan dapat disalurkan kepada kumpulan sasar yang ditetapkan dalam tempoh satu bulan;
  • Memastikan permohonan cadangan pembangunan yang memenuhi syarat dan mempunyai maklumat yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan diterima;
  • Memastikan Persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan jarak antara persidangan tidak melebihi 6 bulan;
  • Memberi maklumbalas permohonan berkaitan urusan perkhidmatan majlis, protokol dan istiadat dalam tempoh 3 hari selepas arahan diterima;
  • Menyampaikan maklumat dasar atau program Kerajaan Persekutuan/Negeri dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri dalam tempoh satu hari selepas diterima;
  • Memastikan semua elemen ICT beroperasi dengan tahap jaminan perkhidmatan 90% (julat kegagalan sebulan tidak melebihi 3 hari);
  • Memastikan aduan awam diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja oleh jabatan pelaksanaan;
  • Memastikan pengurusan sumber manusia, kewangan dan pentadbiran dilaksanakan selaras dengan pekeliling atau peraturan yang berkuatkuasa.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Memberi perkhidmatan urusetia kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri;
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak Swasta setakat yang ditentukan;
  • Melaksanakan dasar-dasar dan peraturan yang berkaitan dengan pengurusan personel yang meliputi pengambilan, pelantikan, penempatan, kemajuan kerjaya, disiplin dan persaraan;
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti pengurusan dan pembangunan Pihak Berkuasa bagi memastikan selaras dengan Dasar Pembangunan Negara;
  • Memberikan perkhidmatan keurusetiaan bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Fungsi JKMM


  • Merancang, merangka, menggubal dan melaksanakan Dasar Kerajaan Neeri, Dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke-sembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan juga peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam perlembagaan Negeri;
  • Merancang, merangka, menggubal, mengurus dan menyelaras Dasar Kerajaan Negeri berkaitan dengan pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke-sembilan, Senarai Bersama, Perlembagaan Persekutuan;
  • Mengurus, memantau, mengesan dan menilai pelaksanaan setiap Dasar Kerajaan Negeri yang ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Visi, Misi dan Objektif JKMM

Visi 

Ke arah Organisasi Awam Terbilang menjelang 2015.


MIsi


Memacu Kegemilangan Organisasi melalui Tadbir Urus Korporat dan Sistem Penyampaian yang Cekap dan Berkesan.


Objektif

  • Melahirkan anggota contoh yang terbaik dalam Perkhidmatan Awam Negeri dan mewujudkan sebuah jentera pentadbiran yang mantap dan berkesan;
  • Mewujudkan perancangan dan pelaksanaan pembangunan projek sosio ekonomi yang sistematik ke arah mencapai Negeri Maju Menjelang Tahun 2010.

Strategi JKMM

Bagi mencapai objektif, JKMM telah merumuskan strategi-strategi seperti berikut:
  • Memantapkan jentera pentadbiran JKMM dari segi produktiviti yang berkualiti;
  • Memperkukuhkan kewangan JKMM;
  • Memperkemaskan perundangan JKMM;
  • Memberi perhatian khas kepada aspek-aspek kebajikan dan kemudahan kepada anggota dan ahli JKMM bagi meningkatkan mutu perkhidmatan;
  • Merancang semula pembangunan bandar dan luar bandar dengan lebih komprehensif untuk jangka pendek dan jangka panjang;
  • Mewujud jalinan perhubungan yang berkesan antara JKMM dengan masyarakat;
  • Menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam pelaksanaan projek-projek yang berkaitan dengan tanah kerajaan.